Mengapa saya tidak boleh mengakses Frog VLE?

Sekolah anda disambungkan kepada Frog VLE melalui pelayan yang terletak dalam kawasan sekolah anda. Ini bermakna, anda perlu disambungkan kepada rangkaian sekolah anda untuk mengakses ke Frog VLE. Baca lebih lanjut untuk mengetahui bagaimana anda boleh membuat sambungan dan terus menggunakan Frog VLE!

Cara Mengakses Frog VLE

  1. Hubungi Frog Admin anda atau penyelaras IT untuk menggunakan makmal komputer sekolah anda
  2. Buat sambungan kepada rangkaian sekolah anda melalui makmal komputer
  3. Buka halaman log masuk Frog VLE dan masukkan butiran log masuk anda
  4. VLE connected Anda kini boleh menggunakan Frog VLE, secara luar talian untuk mencipta, berkongsi dan menggunakan Laman!